Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Thursday, October 15, 2009
Di Malaysia siapakah yang tidak kenal buah manggis? Buah yang dikenali sebagai “Queen of all Fruits” ini mempunyai keenakan isi yang sungguh unik. Lazimnya kita hanya makan isi manggis dan kulit serta bijinya akan kita buang. Sebenarnya keseluruhan buah manggis tersebut berkhasiat, terutamanya di bahagian kulit dalam manggis dan bijinya. Tetapi siapakah yang mahu memakan kulit dan bijinya? Sudah tentu tidak, hanya setelah ianya diproses maka kita dapat memanfaatkan khasiatnya dalam bentuk jus kesihatan yang kemujarabannya, subhanAllah …, sungguh menakjubkan! Teruskan membaca untuk mengetahui RAHSIA sebenar buah manggis dan jusnya.
KEGUNAAN TRADISIONAL
Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan disentri. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
ZAT ANTIOKSIDAN (XANTHONES) MANGGIS
Manggis adalah satu-satunya buah yang mempunyai zat antioksidan (Xanthones) yang paling tinggi pernah ditemui dari mana-mana hasil tumbuhan yang pernah dikaji (lihat rajah).
Manggis adalah satu-satunya buah yang mempunyai zat antioksidan (Xanthones) yang paling tinggi pernah ditemui dari mana-mana hasil tumbuhan yang pernah dikaji (lihat rajah).
Fungsi antioksidan adalah untuk menyahkan / membuang Radikal Bebas dan toxin yang menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit seperti kanser dan ketumbuhan dalam tubuh badan manusia. Antioksidan XANTHONE yang terkandung dalam manggis sangat berpotensi untuk memelihara kesihatan system immune, mendukung kesIhatan mental dan memerangi Radikal bebas .