Pengenalan & Rahsia Manggis

Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Thursday, October 15, 2009




Di Malaysia siapakah yang tidak kenal buah manggis? Buah yang dikenali sebagai “Queen of all Fruits” ini mempunyai keenakan isi yang sungguh unik. Lazimnya kita hanya makan isi manggis dan kulit serta bijinya akan kita buang. Sebenarnya keseluruhan buah manggis tersebut berkhasiat, terutamanya di bahagian kulit dalam manggis dan bijinya. Tetapi siapakah yang mahu memakan kulit dan bijinya? Sudah tentu tidak, hanya setelah ianya diproses maka kita dapat memanfaatkan khasiatnya dalam bentuk jus kesihatan yang kemujarabannya, subhanAllah …, sungguh menakjubkan! Teruskan membaca untuk mengetahui RAHSIA sebenar buah manggis dan jusnya.

KEGUNAAN TRADISIONAL

Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan disentri.  Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.


ZAT ANTIOKSIDAN (XANTHONES) MANGGIS


Manggis adalah satu-satunya buah yang mempunyai zat antioksidan (Xanthones) yang paling tinggi pernah ditemui dari mana-mana hasil tumbuhan yang pernah dikaji (lihat rajah).






Fungsi antioksidan adalah untuk menyahkan / membuang Radikal Bebas dan toxin yang menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit seperti kanser dan ketumbuhan dalam tubuh badan manusia. Antioksidan XANTHONE yang terkandung dalam manggis sangat berpotensi untuk memelihara kesihatan system immune, mendukung kesIhatan mental dan memerangi Radikal bebas .

Apa itu Radikal Bebas?

Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Wednesday, October 14, 2009

Radikal bebas adalah merupakan suatu molekul atau atom yang sangat tidak stabil karena memiliki satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan. Elektron tak berpasangan tersebut akan berusaha mencari electron lain untuk menjadi pasangannya. Jika elektron yang diambil menjadi pasangannya adalah electron dari molekul dalam sel-sel tubuh kita maka terjadilah perubahan dan penyebab kepada proses penuaan, atau lebih merbahaya lagi menjadi sel-sel kanser. Lihat apa yang terjadi kepada buah apple yang telah dikupas dan dibiarkan terdedah kepada udara sekelilingnya? – ianya bertukar warna menjadi kekuningan kesan dari Radikal Bebas di udara.






ASAL RADIKAL BEBAS


Radikal bebas yang merbahaya dihasilkan di antaranya melalui:


  • Aktiviti pembakaran bahan bakar pada mesin dan kenderaan bermotor (pencemaran udara)
  • Asap rokok
  • Cara mengolah masakan yang tidak betul (makanan yang dipanggang terlalu lama,   minyak goreng yang sudah dipakai berulang-ulang)
  • Sinar ultraviolet dari matahari
  • Jenis makanan cepat saji (fast food) atau makanan kemasan yang  mengandung pengawet.

Khasiat Manggis

Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Tuesday, October 13, 2009



Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an lagi. Dari kajian tersebut dan bagi memanfaatkan khasiatnya manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil kesihatan yang menakjubkan.  






  1. Anti-fatigue (memberikan tenaga)

  2. Powerful anti-inflammatory (mencegah keradangan )

  3. Analgesic (mencegah sakit urat saraf)

  4. Anti-ulcer (mengelakkan ulser)

  5. Anti-depressant (mencegah kemurungan)

  6. Anxiolytic (mencegah kegelisahan/ panik/ cemas)

  7. Anti- Alzheimer (membantu mencegah nyanyok/dementia)

  8. Anti-tumor and cancer prevention (anti-ketumbuhan dan mencegah kanser)
  9. Immunomodulator  - membantu sistem imun.

  10. Anti-aging (anti-penuaan)

  11. Anti-oxidant (buang radikal bebas/toksid dalam badan)

  12. Anti-viral (membunuh kuman)

  13. Anti-biotic (mencegah jangkitan bakteria)

  14. Anti-fungal (mengelakkan kulat)

  15. Anti- Seborrheic dermatitis (mencantikkan kulit)

  16. Anti-cholesterol (membuang kolesterol)

  17. Anti-artheriosclerotic (mencegah pengerasan arteri)

  18. Cardio-protective (melindungi jantung)

  19. Hypotensive (mengurangkan tekanan darah)

  20. Hypoglycemic (mengurangkan paras gula dalam darah)

  21. Anti-obesity ( mengurangkan berat badan)

  22. Anti-arthritic (mencegah sakit sendi)

  23. Anti-osteoporosis (mencegah kerapohan tulang)

  24. Anti-periodontic (mencegah gusi berdarah)

  25. Anti-allergenic (mengelakkan reaksi alahan)

  26. Anti-calculatic (mencegah batu karang)

  27. Anti-pyretic (menurunkan suhu badan)

  28. Anti-Parkinson
(masalah daya kawalan otot)
  29. Anti-diarrhea (masalah cirit-birit)

  30. Anti-neuralgic (mengurangkan sakit urat saraf)

  31. Anti-vertigo (mengelakkan pening kepala)

  32. Anti-glaucomic (mengelakkan glukoma)

  33. Anti-cataract (mengelak katarak)

  34. Pansystemic - mengimbangi seluruh badan.  
APA KATA PAKAR  MENGENAI KHASIAT MANGGIS?



Apa Kata Pakar?

Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Monday, October 12, 2009


Dr Sam Walters- Naturopath
“Jika anda tahu apa yang saya tahu, anda tidak akan ke mana-mana tanpa Jus Manggis. Antioksidan adalah kunci sebenar pada masa hadapan untuk rawatan penyakit. Buah manggis mengandungi elemen-elemen yang mampu membantu memulihkan secara langsung kebanyakan penyakit yg wujud pada hari ini. Manggis adalah agen antioksida. Kulit manggis mengandungi XANTHONE yg berkesan untuk pengkulturan kanser payudara, kanser paru-paru, kanser perut dan leukimia. Jus Manggis menjadi satu senjata untuk mengatasi kanser, di mana ia telah memulangkan kehidupan mereka yg majoriti ditahap 4 ke atas”


Dr Albert Miller - Pakar Kesihatan Keluarga
“Saya amat kagum pada kesan anti radangnya, pengurangan bengkak sendi dan pengurangan rasa sakit, amat ketara setelah mengambil jus manggis ini. Saya juga memberi pesakit yang mempunyai masalah Kulit yang Kronik seperti eczema dan dermatitis, semua menunjukkan kemajuan yang amat baik. Masalah pesakit PROSTAT  pun sama. Khasiat terhebat daripada manggis ini, tentang penyakit Autoimun hasil yang hebat dapat diperolehi “
 

Dr JameGraham - Gynecologic Oncologist
“Saya telah mengalami arthritis yang teruk pada sendi dan buku lali. Saya berjalan dengan tulang di atas tulang  mengalami sakit yang teruk. Saya juga mengalami ulser dan paras hemoglobin ke tahap 6 dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Selepas 3 hari mengambil jus manggis, saya merasakan perubahan yang ketara pada masalah kesihatan di mana ianya beransur-ansur baik. Saya amat yakin mengesyorkan anda mencuba jus manggis ini.”


Dr Shermann Sugar Singleton
“Saya mempunyai seorang anak kecil yang menghidap ECZEMA yang teruk, jadi saya memberikan anak saya jus manggis selama 5 hari eczemanya sembuh dengan sepenuhnya. Wah !!! sangat hebat jus manggis ini kerana saya lihat dengan mata sendiri pemulihannya.”  

 

Testimoni (Tempatan)

Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Sunday, October 11, 2009


ANDA TIDAK SIHAT? Jangan tunggu sehingga anda jadi begini, dikelilingi para doktor, baru anda mahu bertindak? Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Bertindaklah sekarang dan jadilah seperti pengguna bijak ini ... Bacalah apa yang ingin mereka katakan tentang jus Manggis!


Testimoni Pengguna
    
"Saya mempunyai penyakit yang merupakan pembunuh No 1, kanser paru-paru. Saya disahkan mengidap kanser pada bulan Mac 2009. Doktor mengesahkan kanser saya di tahap ke-2. Ketumbuhan yang saya hadapi sebesar 13.8cm x 12.7cm x 9.8cm. Selepas chemotheraphy pertama saya terasa lemah, rambut gugur, kulit menggelupas, selalu tidur, tidak boleh berjalan dan yang paling sedih tidak boleh sembahyang. Sewaktu chemotheraphy ke-2 saya minum Mangostyn Juice. Selama saya minum Mangostyn Juice, saya dapati badan saya terasa ringan, saya sudah boleh berjalan, lebih bertenaga, dan yang menakjubkan setelah 45 hari saya minum Mangostyn Juice, saya pergi ke hospital untuk menjalani CT Scan dan doktor dapati ketumbuhan saya tadi mengecut kepada 4.9cm x 4.2cm x 1.9cm serta sel kanser sudah tidak merebak. Kini saya yakin bahawa dengan khasiat yang ada pada Mangostyn Juice ini, insya'Allah dapat membantu pesakit yang mengidapi kanser. Tak percaya??? Cubalah ...!!!"  Nordin B Kari


"Saya mengalami ketumbuhan di belakang kepala sejak 6 bulan yang lalu. Ketumbuhan tersebut menyebabkan kesan keradangan pada mata saya iaitu mata menjadi bengkak dan menjadi merah. Pada asalnya hanya menganggap sakit mata sahaja tetapi lama-kelamaan bengkak tersebut tidak berkurangan, sehinggalah saya berjumpa doctor pakar dan beliau mengatakan terdapat ketumbuhan di belakang kepala saya. Seorang saudara saya telah mengesyorkan minuman jus manggis ini dan setelah minum 1 botol pertama saya rasa kesannya. Bengkak di dalam mata mula susut. Alhamdulillah”. Pn. Maheran, Penang.


"Saya mengalami sakit lutut, sakit dalam perut dan penglihatan kabur. Saya mula minum Mangostyn juice ini pada 12 April 2009. Selepas 4 hari saya minum jus ini sebanyak sebotol, pandangan mata saya terang, sakit lutut dan tiada serta sakit dalam perut pun sembuh seperti sediakala. Sekarang saya boleh mengayuh basikal di samping dapat menjual dan mempromosikan produk ini dengan banyaknya".  Che Liah, Tg Karang.


"Saya merasa tertekan kerana saya mengalami pelbagai jenis penyakit, antaranya darah tinggi, kencing manis, katarak dan glukoma yang teruk sehingga saya nak berjalan pun susah, pandangan kabur serta lemah-lemah badan. Setelah mengamalkan minum Mangostyn Juice ini sebanyak 2 botol, saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik seperti sedia kala. Kini kencing manis, darah tinggi terkawal dan pandangan saya bertambah cerah. Alhamdulillah".  Hj Hashim Abd Rahman, Sekinchan.


"Pada 18 Mac 2009, saya telah dimasukkan ke hospital selama 6 hari kerana di syaki menghidap Chikugunya. Selama saya berada di hospital, saya diperkenalkan produk Mangostyn Juice ini oleh seorang saudara saya. Hasilnya setelah saya minum jus ini pada hari pertama, saya dapat merasakan badan saya lebih bertenaga dan ringan. Saya terus  minum jus ini sehingga satu hari saya membuat pemeriksaan doctor dan saya terperanjat tahap darah dan gula dalam badan saya menurun, jumlah ubat yang saya ambil juga berkurangan. Hebat sungguh Mangostyn Juice Dhamelin ini". Aishah Azit, Tg. Karang.


"Nak dijadikan cerita, saya, suami dan anak mempunyai penyakit. Suami saya strok langsung tak boleh cakap, anak saya adalah kanak-kanak kurang upaya, air liur tak henti-henti keluar dan saya pulak ada masalah tulang belakang dan tulang selangka, yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Bercerita tentang Mangostyn Juice ini, saya beli sekotak dari seorang rakan saya. Kesannya terhadap keluarga saya, dengan hanya minum baru sekotak, suami saya bergerak dan bercakap, air liur anak saya sudah tidak meleleh lagi dan sakit tulang saya telah berkurangan. Tanpa membuang masa saya terus menjadi ahli Shamelin Bina. Testimoni akan saya jadikan sebagai kekuatan saya dalam menjalankan business ini". Ruziah Yatim, Sg Sireh.


"Selama 2 tahun saya mengidap barah payu dara dan telah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 kali. Kesan dari rawatan ini, darah haid saya tidak akan lagi keluar dan selagi saya menjalani rawatan kemoterapi ini selagi itulah darah haid saya tak akan keluar. Apa yang saya nak kongsi di sini ialah tentang keajaiban setelah saya minum Mangostyn Juice. Hari ke 4 saya minum jus ini, darah haid saya datang secara normal seperti sewaktu saya sihat dahulu. Banyak lagi penyakit yang saya alami hilang secara serentak setelah saya amalkan Mangostyn Juice. Sungguh Menakjubkan!"  Siti Rohiah, Sabak Bernam.



“ Saya berumur 72 tahun, mempunyai masalah kencing manis melebihi 10 bacaan, darah tinggi serta sering mengalami sakit dada. Masalah telah berlanjutan dan saya telah mengambil bermacam-mcam ubat untuk mengatasi masalah ini tetapi tidak ada perubahan. Pada awal bulan 8 saya telah diperkenalkan produk jus manggis oleh seorang sahabat. Setelah saya mengambilnya 3 botol untuk mencuba, saya dapati masalah-masalah penyakit saya telah beransur-ansur berkurangan. Saya juga jarang mengalami sakit-sakit dada serta demam. Saya dapati kencing manis berada di paras 5-9 setiap hari, walaupun mengambil makanan karbohidrat yang lebih setiap hari. Di samping itu saya rasa sangat bertenaga dan rasa muda selalu”. Haji Yusop Dahalan, SUNGEI BESAR


“Saya mengidap penyakit Rheumatoid Arthritis (RA) sejak 5 tahun lalu, di mana tangan saya telah tidak dapat dubuka (kerekot). Sendi-sendi saya juga sakit untuk bergerak dan melakukan kerja berat. Saya telah mengambil bermacam-macam ubat untuk mengatasi masalah ini tetapi ianya masih berlaku sehingga saya terpaksa mengambil pil penahan sakit. Pada suatu hari saya telah terbaca khasiat jus manggis ini di Harian Metro. Setelah mengamalkan minuman shamelin Mangostyn juice ini selama seminggu, saya telah merasai kesannya. Pada asalnya sendi saya terasa sakit, air kencing kotor tetapi setelah itu sendi lutut saya terasa ringan. Saya juga boleh tidur dengan lena”. En. Khairullah, KLANG



"Saya berumur 58 tahun, mempunyai masalah kencing manis > 10 bacaan, darah tinggi, Gout, migrane, dan masalah saraf. Saya seorang bekas peninju. Masalah ini telah berlanjutan dan saya telah mengambil bermacam-macam ubat untuk mengatasi masalah ini, tetapi tidak ada perubahan. Pada awal bulan 12, saya telah diperkenalkan produk jus buah manggis oleh seorang sahabat. Setelah saya mengambilnya 1 botol untuk mencuba, saya dapati masalah-masalah penyakit saya telah beransur-ansur berkurang dengan cepat dan tiada masalah lagi. Saya dapati kencing manis berada di paras 5-9 setiap hari, walaupun mengambil makanan karbohidrat yang lebih setiap hari. Di samping itu saya rasa sangat bertenaga dan rasa muda selalu. Begitu hebat jus ini." 
En Zainuddin, Sungai Buloh SELANGOR


"Pak Din telah mengalami jangkitan pundi-pundi kencing yang kronik, iaitu mengalami masalah didalam mengawal kencing yang keluar tanpa kawalan. Kepenatan bekerja dan masalah saraf yang telah hampir setahun. Pada mulanya Pak Din hanya mencuba 1 cup (30ml), dalam masa beberapa minit sahaja, Pak Din merasa ada perubahan pada masalah ini. Lepas itu pak din terus mengambil jus ini, Alhamdulillah, masalah kencing telah tiada lagi dan Pak Din rasa amat bertenaga dan masalah saraf telah berkurangan. Hebat jus manggis ini." 
Pak Din, MELAKA


"Saya mengalami masalah "gastrik", sudah 1 tahun, bermacam-macam ubat dan supplement telah saya ambil untuk mengatasi masalah ini, tetapi tidak dapat mengatasi masalah saya. Lalu suami saya menyuruh mencuba jus manggis, setelah 3 botol mengambil jus ini masalah gastrik saya dan saya rasa amat bertenaga." Puan Ramnah, Cheras KUALA LUMPUR


"Saya berumur 68 tahun, mempunyai masalah saraf, iaitu sakit dibahagian tapak kaki dan sendi-sendi, kencing manis, kurang bertenaga, darah tinggi dan masalah membuang air besar. Setelah mengambil jus ini 3x sehari, masalah saya telah baik. Alhamdulillah, masalah membuang air besar yang baik setiap hari, bertenaga, dapat berjalan dengan baik dan kencing manis berada pada bacaan 5-9, rasa sengal dan sakit sendi sudah berkurangan. Jus manggis ini amat baik." 
Hj. Mahayidin, KELANTAN


”Saya mengalami penyakit jantung (semput) dan tidak dapat berjalan jauh kerana selalu keletihan. Doktor memberitahu, salah satu dari 5 saluran jantung saya tersumbat. Selepas mencuba jus manggis 2 cup setiap hari (2 x 30ml), badan say kembali sihat dan cergas. Rasa sakit pada dada juga semakin berkurang. Sekarang saya semakin yakin dengan jus manggis dan telah berkongsi kebaikannya dengan saudara mara dan kawan-kawan”
Puan Nabesa Alvi, Masai, JOHOR


"Masalah arthritis yang sudah lama, di mana tangan saya telah tidak dapat dibuka (kerekot). Saya telah mengambil bermacam-macam ubat untuk mengatasi masalah ini tetapi ianya masih berlaku. Pada suatu hari saya telah diperkenalkan jus manggis ini oleh seorang kawan. Sungguh "menakjubkan" setelah mengambil 1 cup- 30ml, dalam beberapa minit sahaja, jari-jari saya telah dapat digerakkan seperti sedia kala. Sungguh menakjubkan jus manggis ini. 
Madam Tan, SELANGOR


"Saya seorang usahawan, yang selalu berulang alik dari K.B ke K.L, yang mengambil masa 8 jam. Saya terpaksa berhenti beberapa kali kerana selalu kepenatan memandu kereta. Di samping masalah rasa sakit dibahagian tulang belakang. Semasa saya di KL, saya berehat di rumah adik saya untuk balik ke KB. Pada masa yang sama saya rasa masalah sakit di bahagian tulang belakang. Lalu adik saya menyuruh saya mencuba jus manggis ini, dalam beberapa saat sahaja saya rasa masalah sakit dibahagiaan belakang telah hilang. Lalu saya meneruskan perjalanan ke K.B, saya sungguh terkejut kerana saya dapat memandu kereta ke KB, "tanpa henti". Tenaga yang hebat." 
En. Zainal, KELANTAN


"Suplement Hebat! Saya adalah seorang pengamal produk-produk makanaan kesihatan. Setelah diperkenalkan jus ini, lalu saya memberhentikan pengambilan supplemen yang lain, hanya mengamalkan jus manggis sahaja. Setelah mengambil jus ini, saya dapat merasakan jus ini dapat memberi banyak tenaga, mengatasi masalah rasa sengal badan dan angin dalam badan, tidur saya nyenyak dan berkualiti dan mendapat rehat yang mencukupi dan lain-lain. Hebat jus manggis ini." 
En. Amin, KUALA LUMPUR


Sakit darah tinggi dari 190-120 turun 140-80, Kolesterol turun dari tahap 8 ke tahap normal…selepas minum jus manggis 2 cup setiap hari (2 x 30ml) selama seminggu. Di samping itu, saya ada masalah tulang belakang, di mana tisu saya tertindih antara tulang. Doktor mahu membuat pembedahan tetapi setelah mencuba jus manggis sebotol penyakit telah hilang, Doktor sendiri terkejut. Saya berasa bersyukur kesihatan say bertambah baik”
Puan Hajah Lawiyah, Ketereh, KELANTAN


Alahan dapat diatasi dengan manggis
“Anak berumur 7 tahun, sejak usia 4 tahun, mengalami masalah alahan yang teruk apabila makan ayam dan telur (makanan berprotein) begitu juga dengan habuk. Mata akan mejadi merah, gatal dan bengkak. Doktor memberikan sejenis steroid, air drop ‘petanol’ selama dua tahun. Pada bulan 10/2007, saya diperkenalkan dengan jus manggis, setelah diberikan jus setiap hari masalah sudah tiada dan sembuh sepenuhnya. Saya sungguh gembira” Encik Nazrin 


Kulit Bertambah Berseri.
“Saya telah mengalami masalah resdung dan jerawat yang teruk. Setelah diperkenalkan jus manggis, saya mencubanya. Saya telah melihat perubahan yang ketara pada jerawat dan resdung. Saya telah menghabiskan 4 botol jus ini, muka saya telah baik kembali dan berseri. Terima kasih" Cik Syauqiyah 

Masalah Asma dapat diatasi dengan Manggis 
"Anak saya Nur Anisya berumur 8 tahun ...sejak berusia setahun telah mengalami masalah asma yang teruk, apabila minum ais dan makan ais cream  akan mengalami masalah asma dengan teruk. Setiap sebulan 2 kali berulang-alik ke hospital untuk sedut gas... pada bulan 8/2008 setelah diperkenalkan oleh jus manggis anak saya mengambil jus manggis sehari 2 cup setelah seminggu Alhamdullilah anak saya telah sembuh dan kembali normal... kini anak saya boleh minum ais dah menikmati ais cream seperti biasa. Makan pun tak payah pantang lagi. Dia juga mampu berenang seperti dulu... Saya sungguh gembira dan mengesyorkan mereka mencuba jus manggis ini ... Sungguh hebat...!!!"En Yusaini - Kulim, KEDAH


Untuk testimoni luar negara klik di sini     

Testimoni (Luar Negara)

Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Friday, October 09, 2009

Testimoni ini adalah berdasarkan pengalaman beberapa pengguna yang menggunakan jus manggis dari pelbagai jenama antarabangsa. Fakta ini sekadar untuk  memberikan gambaran "keajaiban" yang Allah berikan kepada jus manggis ini sebagai penawar kepada pelbagai jenis komplikasi kesihatan dan penyakit. Selamat membaca.

Sila klik (1) DI SINI
Sila klik (2) DI SINI

Produk Kami

Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Thursday, October 08, 2009



Shamelin Mangostyn Juice (SMJ) adalah merupakan minuman ANTIOKSIDA yang dihasilkan menggunakan teknologi menyeluruh buah manggis (isi+biji+kulit), Ekstrak Manggis, Ekstrak Acai, Ekstrak Biji Anggur, Ekstrak Delima, Puri Roselle, D-Ribose, Asid Askobik, Xanthan Gum E415, Ekstrak Delima, Kalium Sorbat, dan Jus Epal. 



  • Ianya adalah bagi mempertingkatkan tahap kesihatan menyeluruh dengan membantu peningkatan xanthones dan antioxida yang lain.
  • Merupakan minuman kesihatan yang mengandungi antioksida yang tinggi
  • Menggunakan khasiat semulajadi Permaisuri Buah
  • Kandungan antioksida telah dikaji oleh penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Good Manufacturing Practice (GMP)
  • Ianya adalah HALAL




Komponen pemakanan buah manggis

Serat, zat besi, kalsium, vitamin C, D, E, kalium, protein, fosforus, potassium, Tannins, sodium, niacin, vitamin B2,B12,B2,B3,B6.


Peraturan Makan
1. Dewasa cadangan 30 ml setiap hari (2 sudu besar pagi dan 2 sudu besar petang sebelum makan).
2. Kanak-kanak (bawah 12 tahun) 1 - 2 sudu kecil pagi dan petang.
3. Boleh campur 1  bahagian jus dengan 1 bahagian air mengikut kemahuan.


BROSUR








[ Ingin ditegaskan bahawa jus ini BUKAN UBAT, tetapi khasiat Xanton dalam kulit buah manggis dapat membantu mengatasi pelbagai jenis masalah penyakit seperti dinyatakan ]

Pembelian

Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Thursday, October 08, 2009






HARGA PRODUK


1 Kotak ( 3 botol) = RM150.00*
1 Set iaitu 2 kotak (6 botol) hanya RM260 sekiranya anda menjadi ahli (Basic).
Setiap pembelian 1 Set - 2 kotak =RM260 adalah termasuk penghantaran. Lebih menguntungkan dan jimat dengan membeli 1 Set

* Setiap kotak tambah RM10 untuk penghantaran (bukan ahli).




Berminat untuk membeli? Anda boleh memesan terus dari 
Shamelin Bina.

Keahlian

Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Wednesday, October 07, 2009

YURAN KEAHLIAN (SEKALI BAYAR)

Pendaftaran keahlian baru perlu melalui introducer/dealer berdaftar dengan Shamelin Bina. Untuk tujuan ini anda boleh mendaftar di bawah Team kami Shameliniaga.com 

Pakej Keahlian

Pakej Basic - RM290 (WM), RM320 (EM) dapat 2 kotak (6 botol).
Pakej Silver - RM580 (WM), RM640 (EM) dapat 4 kotak (12 botol)
Pakej Gold -  RM1,160 (WM), RM1,280 (EM) dapat 8 kotak (24 botol)
Pakej Platinum - RM2,320 (WM), RM2,560 (EM) dapat 16 kotak (48 botol)

Setiap ahli baru akan menerima Starter Kit yang mengandungi :

  • DVD Korporat
  • Buku Panduan Ahli
  • Buku Panduan Produk

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI?

Jom bersama kami membina rangkaian dibawah Shameliniaga.com untuk terus maju dan memperbaiki ekonomi serta kesihatan bersama. Untuk itu sila klik di bawah ...

"SHAMELINIAGA.COM" 

Mangostyn Juice Booklet

Posted by Abd Rani & Norhayati | Posted in | Posted on Wednesday, October 07, 2009